Sunday, April 28, 2019

biar seni berbicara


rumahseni PONPAKYA @ RSPon : giat berusaha menghimpun karya-karya seni terutamanya hasil tangan dari pelukis tanah air kita sendiri. Karya-karya dari pelukis ternama dan juga dari pelukis baru yang mempunyai bakat besar. Selain koleksi tetap dalam simpanan RSPon, terdapat juga karya-karya untuk jualan. Ini memberi peluang kepada anda untuk memiliki karya lukisan yang telah kami pilih, karya yang bagus-bagus. Ramai yang tidak menyedari, bahawa mengumpul lukisan ibarat memiliki saham pelaburan yang bakal menguntungkan di masa akan datang, tertakluk pada lukisan siapakan yang anda miliki. Kami pilihkan…

RSPon sering kali mengajurkan pameran di FB [rumahseni Ponpakya] kami dan di halaman ‘page’ khas ni secara ‘on screen’. Kami memberi peluang untuk anda menghayati karya-karya yang kami hidangkan. Seterusnya, pilihlah karya-karya yang anda minati untuk dihiaskan di dinding rumah anda dan atau dijadikan hadiah istimewa kepada siapa saja, sebagai tanda kasih. Ikutilah pameran kami, pasti tidak rugi melihat, menghayati dan pasti tidak rugi memiliki karya pelukis tanah air. Pasti menguntungkan…

Pameran terkini : Nostalgia ‘Kampung Halaman’ : 2019 : 6 Mei ~ 6 Julai