rumahseni PONPAKYA
@ RSPon : giat berusaha menghimpun karya-karya seni terutamanya hasil tangan
dari pelukis tanah air kita sendiri. Karya-karya dari pelukis ternama dan juga
dari pelukis baru yang mempunyai bakat besar. Selain koleksi tetap dalam
simpanan RSPon, terdapat juga karya-karya untuk jualan. Ini memberi peluang
kepada anda untuk memiliki karya lukisan yang telah kami pilih, karya yang
bagus-bagus. Ramai yang tidak menyedari, bahawa mengumpul lukisan ibarat
memiliki saham pelaburan yang bakal menguntungkan di masa akan datang,
tertakluk pada lukisan siapakan yang anda miliki. Kami pilihkan…
RSPon sering
kali mengajurkan pameran di FB [rumahseni Ponpakya] kami dan di halaman ‘page’ khas
ni secara ‘on screen’. Kami memberi peluang untuk anda menghayati karya-karya
yang kami hidangkan. Seterusnya, pilihlah karya-karya yang anda minati untuk
dihiaskan di dinding rumah anda dan atau dijadikan hadiah istimewa kepada siapa
saja, sebagai tanda kasih. Ikutilah pameran kami, pasti tidak rugi melihat,
menghayati dan pasti tidak rugi memiliki karya pelukis tanah air. Pasti
menguntungkan…