pameran



Kita datang dari desa asalnya, dari kampung halaman yang membawa banyak kenangan. Suatu nostalgia bagi kita. Apabila tiba Hari Raya atau cuti panjang kita kerap pulang ke kampung halaman, bawa bersama anak isteri untuk mereka merasai indahnya sebuah kehidupan di kampung tercinta.

Pameran kali ini memamparkan hasil karya para pelukis tempatan. Karya-karya yang akan mengimbas kembali nostalgia kita untuk kita abadikan dan kongsikan kembali pada generasi kota hari ini, bahawa kita asal dari sebuah desa yang cukup permai.

Memiliki lukisan dari pameran seni lukis : nostalgia ‘kampung halaman’ ini akan mengekalkan ingatan kita sampai bila-bila. Kemungkinan satu hari nanti kampung halaman seperti itu telah hilang di telan zaman.

Kekalkan nostalgia anda dengan memiliki lukisan kampung halaman dari RSPon.


KOD : NKH-1001Watercolor, 29 x 42 cm, 2019
KOD : NKH-1002Watercolor, 29 x 42 cm, 2019
KOD : NKH-1003Watercolor, 29 x 42 cm, 2019
KOD : NKH-1004Watercolor, 21 x 28 cm, 2019
KOD : NKH-1005Watercolor, 29 x 42 cm, 2018
KOD : NKH-1006 : Watercolor, 29 x 42 cm, 2018
KOD : NKH-1007 : Watercolor, 29 x 42 cm, 2018
KOD : NKH-1008 : Watercolor, 29 x 42 cm, 2018
[SOLD] KOD : NKH-1009 : Watercolor, 29 x 42 cm, 2019
KOD : NKH-1010 : Oil, 60 x 106 cm, 2007
KOD : NKH-1011 : Watercolor, 38 x 28 cm
KOD : NKH-1012 : Watercolor, 29 x 42 cm, 2018
KOD : NKH-1013 : Watercolor, 29 x 42 cm, 2017
KOD : NKH-1014 : Watercolor, 29 x 38 cm, 2019
KOD : NKH-1015 : Watercolor, 46 x 75 cm, 2016
KOD : NKH-1016 : Watercolor, 56 x 64 cm, 2018
KOD : NKH-1017 : Watercolor, 59 x 74 cm, 1999
KOD : NKH-1018 : Watercolor, 21 x 29 cm, 2006
KOD : NKH-1019 : Watercolor, 21 x 28 cm
KOD : NKH-1020 : Watercolor, 15 x 38 cm
KOD : NKH-1021 : Watercolor, 34 x 24 cm, 2001
KOD : NKH-1022 : Watercolor, 34 x 24 cm, 2005
KOD : NKH-1023 : Watercolor, 29 x 21 cm, 2019
KOD : NKH-1024 : Watercolor, 29 x 42 cm, 2019
KOD : NKH-1025 : Watercolor, 29 x 20 cm, 2017




[klik untuk membeli]

Antara lukisan-lukisan oleh para pelukis dalam pameran ini :

Noor Hisham Omar
Mazuki Muhammad
Rudry Hayat
Rohaizad Shaari
Razlan Mat
Hisham Salmin
Mohammad Zainuddin Ismail
Mansor Ghazali
Maamor Jantan
Iylas bin Din
Zaidin Abadi

[klik untuk membeli]



MENGENAI PELUKIS : Noor Hisham Omar


Noor Hisham Omar : ‘Self taught artist’. Noor Hisham bin Omar merupakan seorang anak Kedah, lahir di Kuala Nerang pada tahun 1974. Minat melukis sejak di bangku sekolah dan mula bergiat sepenuh masa sebagai pelukis pada tahun 2016. Pada peringkat awal Hisham banyak tertumpu pada ‘live sketch’, lukisan potret dan karikatur. Selain itu Hisham turut menghasilkan karya kartun untuk disiarkan dalam beberapa majalah kartun tempatan dengan menguna nama samaran Sham.

Kini Hisham lebih giat mengasahkan bakatnya dalam karya-karya mengunakan watercolor dan  akrilik. Turut menyertai pelbagai aktiviti melukis ‘outdoor’ di sekitar negeri Kedah dan Perlis. Karya-karya Hisham semakin terserlah dan ini membuat semakin ramai memilih karya Hisham sebagai koleksi mereka.

Pada pameran NOSTALGIA ‘Kampung Halaman’, rumahseni PONPAKYA memilih 5 buah lukisan beliau hasil karya pada antara tahun 2018 – 2019.


MENGENAI PELUKIS : Mazuki Muhammad 


Mazuki Muhammad dilahirkan pada tahun 1977, merupakan seorang pelukis anak jati negeri Kelantan. Seorang pelukis yang mempunyai bakat semula jadi dan kini menumpukan sepenuh masa melukis sebagai kerjaya hidup. Mazuki terkenal dengan lukisan cat airnya namun mempunyai kehebatan melukis dengan menggunakan akrilik dan batik canting. Lukisannya semakin hari semakin menyerlah dan mainan warna cat airnya yang cukup menarik dengan gayanya tersendiri. Mazuki kerap kali melukis bertemakan suasana kehidupan dan permandangan di persekitaran perkampungan dan pantai khususnya yang terdapat di Pantai Timur.

Mazuki Muhammad telah menyertai lebih 12 pameran seni lukis secara berkumpulan seawal usia umur 19 tahun. Pameran yang pertama pada 1996 di Pameran Bakat Wawasan Negeri Kelantan sehingga pada tahun 2016 di pameran yang telah dianjurkan oleh Persatuan Seni lukis Kelantan (PESENI) dan Balai Seni Lukis Kelantan.

Mazuki mula menyertai pelbagai pertandingan lukisan sejak tahun 2004. Pencapian Mazuki dalam seni lukis terbukti apabila memenangi banyak hadiah pertama dalam pertandingan antaranya ; Teluk Cempedak Scenery Painting Contest 2013, Sungai Lembing Scenery Painting Contest 2014, Kuantan Scenery Painting Contest 2014 dan Art Fastival of Warisan Kg Cina Trengganu 2014.

Pada pameran NOSTALGIA ‘Kampung Halaman’, rumahseni PONPAKYA memilih 5 buah lukisan Mazuki hasil karya pada antara tahun 2018 – 2019.



MENGENAI PELUKIS : Mohd Zainuddin Ismail


Mohd Zainuddin Ismail : Lahir pada tahun 1974 di Kedah dan sehingga sekarang kekal menetap di tanah kelahirannya, beliau berasal dari kampung Telok Kandeh, Alor Setar dan kini beliau tinggal di Kepala Batas, Kedah.  Zainuddin @ Cekeding iaitu nama pena sebagai kartunis sambilan di beberapa majalah seperti; Gila-Gila, Ujang, Batu Api, 1001 Gila, Sampoi dan lain-lainnya semenjak tahun 2000 lagi. Pada tahun 2010 beliau telah berjaya memenangi tempat pertama dalam pertandingan melukis kartun 1 Malaysia.

Zainuddin mula mendapat didikan seni pada tahun 1993 di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Kedah sebagai pelatih bidang batik lukis. Pada tahun yang sama, beliau sudah menglibatkan diri sebagai ahli Angkatan Pelukis Negeri Kedah (APK), seterusnya memegang jawatan sebagai Ajk dari tahun 2014 – 2017. Zainuddin merupakan seorang pelukis sepenuh masa, turut menyertai dalam pelbagai pameran seni lukis secara berkumpulan pada setiap tahun mulai 1993 – 2019 yang diajurkan di Balai Seni Alor Star, Kedah. Pada tahun 2018 lukisan beliau turut terpilih untuk di pameran Balai Seni Lukis Negara. Lukisan beliau mendapat pengiktirafan kerana menjadi koleksi pelbagai pihak termasuk DYTM Raja Muda Kedan dan DYMM Sultan Kedah pada tahun 1999 .

Pada pameran NOSTALGIA ‘Kampung Halaman’, rumahseni PONPAKYA memilih 6 buah lukisan beliau hasil karya pada antara tahun 1999 – 2019.